Tuesday, 21 June 2011

saya ANTI perokok !

as you all know,
merokok neyy bukan jew merosakkan diri sendiri ,
owg sekeliling pown dpt sakit kan
kejam laa perokok-perokok neyy
haishh ..
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Setiap perokok mempunyai risiko 50 peratus akan mati kerana penyakit berkaitan rokok dan mereka kehilangan antara 20 hingga 22 tahun daripada jangka hayat mereka.
Sekiranya seseorang lelaki merokok lebih daripada 20 batang rokok sehari di rumah, maka risiko isteri dan ahli keluarganya yang lain untuk mendapat kanser adalah dua kali ganda. Aras nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain dalam darah mereka lebih tinggi daripada aras normal.
Kanak-kanak lebih rentan mendapat demam selsema, batuk, bronkitis, pneumonia dan masalah pernafasan lain. Mereka juga terdedah kepada penyakit meningitis dan penyakit jantung kongenital sekiranya tabiat merokok tidak dibendung dari awal.


jom kita patah kan rokok beramai-ramai 

1 comment:

  1. memang kau over,,dah macam pembace berita aku tengokk,,hahaha,,,

    ReplyDelete